Bagi menyelesaikan beberapa isu mendatang, pihak persatuan telah mengadakan Kunjungan Hormat Kepada YBhg. Dato' Nadzri Siron, Setiausaha Bahagian (BPL) di Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3 Putrajaya (Bilik Mesyuarat Mawar) pada 18hb September 2013 (Rabu). Perbincangan ini adalah berkaitan isu-isu pengajar yang memerlukan perhatian pihak atasan BPL. Kunjungan hormat ini dihadiri Tuan Presiden, Timbalan Presiden serta Setiausaha Agung persatuan pengajar.
Gambar 1: Perbincangan Bersama Y.Bhg. Dato' SUB
Gambar 2: Amanat dan Harapan YBhg. Dato' SUB
Urusan Kenaikan Pangkat Skim Pengajar
Antara isu yang dikemukan adalah berkaitan urusan kenaikan pangkat pengajar-pengajar. Hasil perbincangan tersebut, Y.Bhg. Dato' SUB bersetuju agar perkara ini dibawa kepada pihak atasan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi diselesaikan dengan kadar segera.
Penganjuran Scientific Conference Persatuan Pengajar
Selain daripada itu, pihak persatuan juga berbincang dengan YBhg. Dato' SUB untuk mengajurkan satu Scientific Conference hasil penyelidikan barisan pengajar Institusi Latihan KKM. Perkara ini mendapat galakan dan sokongan daripada YBhg. Dato' SUB.
Pensarjanaan Pengajar
Bagi membantu meningkatkan modal insan pengajar, pihak persatuan berbincang beberapa mekanisme dalam mewujudkan peluang pensarjanaan pengajar dalam bidang masing-masing.
Kempen keahlian kepada pengajar ILKKM
Pihak persatuan juga berbincang bagi menambahkan bilangan ahli bagi meningkatkan bilangan dalam memperjuangkan skim pengajar ini. Beberapa metodologi diberi dan dibincangkan bersama.
Penaung Persatuan
Akhir sesi, pihak persatuan menjemput YBhg. Dato' SUB bagi dilantik sebagai Penaung persatuan pengajar ini. YBhg. Dato' SUB bersetuju dan mengharapkan kerjasama yang erat di antara beliau dan juga persatuan di masa hadapan kelak.
Gambar 3: Penyerahan Cendemata Oleh Tuan Presiden
AFIHAN BIN ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agung
Persatuan Pengajar Di Bawah KKM
No comments:
Post a Comment