Saya ingin maklum kan bahawa kita telah ambil inisiatif mengadakan
seminar anestesia pada 8 hingga 9 Disember 2013 bertempat di kolej
pembantu perubatan alor setar untuk ILLKKM serta menjemput beberapa
ceramah dari pakar dan juga dua universiti tempatan (UIA dan UMS) tapi
pihak universiti tak dapat hadir disaat akhir atas masalah
administratif. Kita juga telah bersama UG dan TSUB IL mengadakan sidang
dialog dengan pengajar pengajar zon utara berkenaan isu berkaitan
profesion pengajar seperti pensarjanaan pada 15 Disember di kolej
kejururawatan alor setar. Dalam masalah persidangan pengajar ingin saya
maklumkan bahawa persatuan adalah sebagai ahli jawatan kuasa dan bukan
penganjur secara mutlak sebab ianya dibawah UG. Penjelasan ini saya
berikan atas tugas saya untok memaklumkan aktiviti persatuan. Kita juga
bekerjasama dengan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia untok
menerbitkan journal penyelidikan yang sedang dalam cetakan dan insyaalah satu salinan akan diserahkan kepada persatuan.
saya juga telah memohon dengan UNIMAP dan UUM untok membuat preview
pensarjanaan dalam biostatik dimana subspecialization ini amat berguna
bagi pengajar ILLKKM yang terlibat dengan P & P pengkhususan.
Insyaalah saya sendiri akan follow up dengan UNIMAP dan UUM akan perkara
ini dan seterusnya akan maklum kepada ahli persatuan.
Selain dari itu saya juga telah menghubungi UiTM Puncak Alam untok pensarjanaan pengajar dalam bidang ALLIED SCIENCES termasuk imaging dan nursing kecuali bidang penolong pegawai perubatan bagi kolaborasi masters program. Mohon kepada setiausaha maklum kepada ahli menerusi blog kita akan perkembangan ini. Saya akan brief Ybhg Dato SUB kita sekali lagi akan perkara ini pada 20 Disember nanti. Secara jujurnya saya belum lagi membuat pertemuaan dengan ahli kita di sebelah pantai timur, serta Sabah dan Sarawak. Mohon setiusaha kita dapat perjelaskan kepada ahli kita
Sekian terima kasih

Zafri Yusoff
Presiden Persatuan Pengajar Kolej-Kolej Dibawah KKM
Salam kepada semua pengajar pengajar ILKKM
ReplyDeleteUntuk makluman semua bahawa Bahagian Pengurusan Latihan KKM akan mengendalikan tiga program dalam tahun 2014 iaitu Seminar Pengajar, Konferens Saintifik Pengajar dan Program Community Participation. Tarikh serta tempat akan dimaklumkan kemudian selepas pelarasan dibuat
Sekian terima kasih
Zafri Yusoff
Presiden Persatuan Pengajar ILKKM
Salam 1 Malaysia kepada semua pengajar ILKKM
ReplyDeleteDengan hormatnya saya ingin memaklumkan bahawa saya sedang mengumpul data data tempoh perkhidmatan sebagai pengajar ILKKM dimana format telah saya e mailkan kepada semua Pengarah ILKKM. Oleh yang demikian mohon semua pengajar untuk memberi maklumat berkenaan kepada pengarah ILKKM masing masing secepat mungkin
Sekian terima kasih
Zafri Yusoff
Pihak Perstauan mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Induk festival Nasyid dan Tilawah Al quran yang telah diadakan di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian dari 13-16 Ogos 2014. Pihak persatuan telah menyumbang dari segi hadiah dan moga kerjasama ini dapat diteruskan dimana tuan rumah pada tahun hadapan ialah Zon Sarawak.
ReplyDelete