Pihak persatuan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435 Hijrah kepada semua ahli yang menyambutnya.
Ikhlas daripada,
Presiden & Ahli Jawatankuasa
Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia
Menjadi Wadah Penghubung Diantara Ahli-Ahli Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia
Thursday, 17 July 2014
Friday, 6 June 2014
Takziah Daripada Pihak Persatuan
Pihak persatuan ingin merakamkan takziah buat keluarga serta kenalan rapat Allahyarhamah Zaitun Binti Muhamad Idi daripada Kolej Jururawat Masyarakat Pasir Mas diatas pemergian beliau ke rahmatullah baru-baru ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH
Ikhlas daripada,
PRESIDEN & AHLI JAWATANKUASA
Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia
Sunday, 1 June 2014
Selamat Menyambut Hari Pengajar 2014, Tadau Kaamatan & Hari Gawai
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Pihak Persatuan ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI PENGAJAR 2014 buat semua pengajar yang sentiasa memperjuangkan profesion masing-masing bagi memartabatkan perkhidmatan kita ke tahap yang lebih gemilang. Moga sambutan Hari Pengajar yang disambut 1 Jun tiap-tiap tahun membawa seribu erti kepada kita semua.
Selain itu, barisan EXCO dan ahli Jawatankuasa Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHSTA) mengucapkan selamat menyambut Tadau Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakan rakan pengajar di Sabah dan Sarawak semoga dapat memberi suntikan yang baru dalam penyampaian perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran
Selamat Maju Jaya
Presiden dan Barisan EXCO
Wednesday, 30 April 2014
Selamat Hari Pekerja Mei 2014
Pihak persatuan pengajar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2014 kepada semua pengajar ILKKM.
"Menjana Kecemerlangan Profesion"
Presiden & Barisan AJK
Tuesday, 8 April 2014
Tahniah Kepada YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Pihak Persatuan Pengajar ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato' Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa
gelaran Dato' Sri. Darjah kebesaran ini telah disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar sempena Ulang Tahun
Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-83
Syabas dan tahniah kami ucapkan daripada pihak persatuan.
"KAMI SEDIA MEMBANTU"
"PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME ADALAH BUDAYA KERJA KITA"
"MENJANA KECEMERLANGAN PROFESION"
"KAMI SEDIA MEMBANTU"
"PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME ADALAH BUDAYA KERJA KITA"
"MENJANA KECEMERLANGAN PROFESION"
Monday, 7 April 2014
Info Terkini MAHSTA - Aktiviti Kawalan Aedes, Diabetes & Kesihatan Mental
Pada 17- 19 April 2014 akan diadakan satu program NBOS (National Blue Ocean Strategy) di antara pihak persatuan, Kolej Universiti INSANIAH, Felda Bukit Tangga serta Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi aktiviti Kawalan Aedes, Diabetes dan Kesihatan Mental di Felda Bukit Tangga, Kedah.
Program ini dijangka akan dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan serta YBhg. Dato' SUB Bahagian Pengurusan Latihan, KKM.
Oleh yang demikian, ahli - ahli persatuan dijemput untuk hadir ke program berkenaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
"Menjana Kecemerlangan Profesion"
Presiden
Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHSTA)
Nota Seminar Pengajar Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Berikut adalah nota-nota penceramah ketika Seminar Pengajar ILKKM 2014. Ahli - ahli dipersilakan memuat turun slide berkenaan.
Tarikh : 2 - 4 Mac 2014
Tempat : Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (SAS), Ulu Kinta, Perak
Tarikh : 2 - 4 Mac 2014
Tempat : Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (SAS), Ulu Kinta, Perak
Maksud Logo Persatuan Pengajar Yang Baru
Logo bagi persatuan ini adalah berkonsepkan buku, perubatan dan kerohanian. Kesepaduan di antara tiga elemen ini menjadikan seorang pengajar sebagai orang yang profesional dan kompeten dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, adalah wajar bagi ketiga-tiga elemen ini diketengahkan dalam menjadi lambang kepada profession pengajar. Dokongan elemen bulan sabit ke atas simbol buku dan Caduceus dalam lambang ini menunjukkan ahli-ahli mementingkan nilai-nilai murni (kerohanian) dalam menjalankan tugas sebagai pengajar kepada bakal-bakal ahli sains kesihatan bersekutu.
Buku merupakan sumber ilmu yang membawa kepada kecemerlangan . Buku bertingkat memberi makna, kesepaduan aliran yang dibawa oleh ahli-ahli persatuan dalam pelbagai disiplin anggota perubatan. Simbol buku ini juga membentuk huruf “U” yang membawa maksud tiga kategori pengajar yang menjadi ahli persatuan yang memberi tunjang kejayaan kepada persatuan ini.Caduceus merupakan simbol bagi kesihatan bersekutu di seluruh dunia. Ia melambangkan profesionalisme seseorang anggota paramedik terutamanya ahli
persatuan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam profesion masing-masing.Bulan sabit merupakan simbol kepada nilai-nilai murni (kerohanian) dalam jiwa setiap pengajar. Unsur-unsur yang baik ini merupakan tanggungjawab yang perlu diserap kepada anak didik supaya menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan. Menjana Kecemerlangan Profesion merupakan moto persatuan ini, ia menunjukkan kesungguhan setiap ahli memajukan profesion skim pengajar agar menjadi yang terbaik dalam perkhidmatan kelak. Perkataan pada simbol bulatan ini merujuk kepada nama persatuan yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Ia merupakan satu simbol kebanggaan bagi ahli dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang “Pengajar”. Bulatan pada perkataan ini memberi maksud kemuafakatan yang berlaku kepada semua ahli-ahli persatuan.
MAKNA SETIAP WARNA PADA LOGO PERSATUAN
Warna-warna yang terdapat dalam logo persatuan mempunyai maksud tertentu :
Biru muda : Bekerjasama, perpaduan, harmoni dan penyayang.
Biru tua : Kejayaan dan kecemerlangan
Putih : Kesucian dan kebersihan.
Ungu : Keteguhan dan ketegasan
Borang Keahlian MAHSTA
Pendaftran keahlian bagi persatuan ini masih lagi terbuka dan dialu-alukan. Kepada pengajar yang belum menjadi ahli, boleh memuat turun borang dibawah dan diserahkan kepada mana-mana wakil persatuan di kolej masing-masing.
Monday, 10 March 2014
Thursday, 2 January 2014
Selamat Tahun Baru 2014
Selamat menyambut hari krismas kepada ahli yang menyambutnya serta
selamat tahun baru 2014. Semoga ianya memberi lebih makna dan harapan
kepada semua ahli
Sekian, terima kasih.
Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia
Makluman Daripada Presiden 1/2014
Berikut adalah makluman daripada Tuan Presiden:
Zafri Yusoff
Presiden Persatuan Pengajar Kolej-Kolej Dibawah KKM
Saya ingin maklum kan bahawa kita telah ambil inisiatif mengadakan
seminar anestesia pada 8 hingga 9 Disember 2013 bertempat di kolej
pembantu perubatan alor setar untuk ILLKKM serta menjemput beberapa
ceramah dari pakar dan juga dua universiti tempatan (UIA dan UMS) tapi
pihak universiti tak dapat hadir disaat akhir atas masalah
administratif. Kita juga telah bersama UG dan TSUB IL mengadakan sidang
dialog dengan pengajar pengajar zon utara berkenaan isu berkaitan
profesion pengajar seperti pensarjanaan pada 15 Disember di kolej
kejururawatan alor setar. Dalam masalah persidangan pengajar ingin saya
maklumkan bahawa persatuan adalah sebagai ahli jawatan kuasa dan bukan
penganjur secara mutlak sebab ianya dibawah UG. Penjelasan ini saya
berikan atas tugas saya untok memaklumkan aktiviti persatuan. Kita juga
bekerjasama dengan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia untok
menerbitkan journal penyelidikan yang sedang dalam cetakan dan insyaalah satu salinan akan diserahkan kepada persatuan.
saya juga telah memohon dengan UNIMAP dan UUM untok membuat preview
pensarjanaan dalam biostatik dimana subspecialization ini amat berguna
bagi pengajar ILLKKM yang terlibat dengan P & P pengkhususan.
Insyaalah saya sendiri akan follow up dengan UNIMAP dan UUM akan perkara
ini dan seterusnya akan maklum kepada ahli persatuan.
Selain dari itu saya juga telah menghubungi UiTM Puncak Alam untok pensarjanaan pengajar dalam bidang ALLIED SCIENCES termasuk imaging dan nursing kecuali bidang penolong pegawai perubatan bagi kolaborasi masters program. Mohon kepada setiausaha maklum kepada ahli menerusi blog kita akan perkembangan ini. Saya akan brief Ybhg Dato SUB kita sekali lagi akan perkara ini pada 20 Disember nanti. Secara jujurnya saya belum lagi membuat pertemuaan dengan ahli kita di sebelah pantai timur, serta Sabah dan Sarawak. Mohon setiusaha kita dapat perjelaskan kepada ahli kita
Sekian terima kasih
Selain dari itu saya juga telah menghubungi UiTM Puncak Alam untok pensarjanaan pengajar dalam bidang ALLIED SCIENCES termasuk imaging dan nursing kecuali bidang penolong pegawai perubatan bagi kolaborasi masters program. Mohon kepada setiausaha maklum kepada ahli menerusi blog kita akan perkembangan ini. Saya akan brief Ybhg Dato SUB kita sekali lagi akan perkara ini pada 20 Disember nanti. Secara jujurnya saya belum lagi membuat pertemuaan dengan ahli kita di sebelah pantai timur, serta Sabah dan Sarawak. Mohon setiusaha kita dapat perjelaskan kepada ahli kita
Sekian terima kasih
Zafri Yusoff
Presiden Persatuan Pengajar Kolej-Kolej Dibawah KKM
Subscribe to:
Posts (Atom)