Berikut adalah makluman daripada Tuan Presiden:
Saya ingin maklum kan bahawa kita telah ambil inisiatif mengadakan
seminar anestesia pada 8 hingga 9 Disember 2013 bertempat di kolej
pembantu perubatan alor setar untuk ILLKKM serta menjemput beberapa
ceramah dari pakar dan juga dua universiti tempatan (UIA dan UMS) tapi
pihak universiti tak dapat hadir disaat akhir atas masalah
administratif. Kita juga telah bersama UG dan TSUB IL mengadakan sidang
dialog dengan pengajar pengajar zon utara berkenaan isu berkaitan
profesion pengajar seperti pensarjanaan pada 15 Disember di kolej
kejururawatan alor setar. Dalam masalah persidangan pengajar ingin saya
maklumkan bahawa persatuan adalah sebagai ahli jawatan kuasa dan bukan
penganjur secara mutlak sebab ianya dibawah UG. Penjelasan ini saya
berikan atas tugas saya untok memaklumkan aktiviti persatuan. Kita juga
bekerjasama dengan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia untok
menerbitkan journal penyelidikan yang sedang dalam cetakan dan insyaalah satu salinan akan diserahkan kepada persatuan.
saya juga telah memohon dengan UNIMAP dan UUM untok membuat preview
pensarjanaan dalam biostatik dimana subspecialization ini amat berguna
bagi pengajar ILLKKM yang terlibat dengan P & P pengkhususan.
Insyaalah saya sendiri akan follow up dengan UNIMAP dan UUM akan perkara
ini dan seterusnya akan maklum kepada ahli persatuan.
Selain dari itu saya juga telah menghubungi UiTM Puncak Alam untok
pensarjanaan pengajar dalam bidang ALLIED SCIENCES termasuk imaging dan
nursing kecuali bidang penolong pegawai perubatan bagi kolaborasi
masters program. Mohon kepada setiausaha maklum kepada ahli menerusi
blog kita akan perkembangan ini. Saya akan brief Ybhg Dato SUB kita
sekali lagi akan perkara ini pada 20 Disember nanti. Secara jujurnya
saya belum lagi membuat pertemuaan dengan ahli kita di sebelah pantai
timur, serta Sabah dan Sarawak. Mohon setiusaha kita dapat perjelaskan
kepada ahli kita
Sekian terima kasih
Zafri Yusoff
Presiden Persatuan Pengajar Kolej-Kolej Dibawah KKM