Friday 1 November 2013

Penukaran Nama Persatuan

Salam Sejahtera Semua Ahli,
1.  Berikutan usul semasa Mesyuarat Agung agar nama ditukar kepada yang lebih pendek, pihak persatuan telah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.


2. Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendaftaran membenarkan beberapa pindaan terhadap perlembagaan persatuan pengajar ini disebabkan pelaksanaan sistem e-roses.
3.  Sehubungan dengan itu, saya memohon pandangan daripda ahli-ahli semua berkenaan nama yang sesuai digantikan dengan nama persatuan ini.

4. Nama persatuan hendaklah berkaitan dengan objektif penubuhan persatuan pengajar ini.

5. Tarikh tutup cadangan adalah pada 7 November 2013. Setiao cadangan boleh diemail ke tutor.society@gmail.com
Sekian, harap maklum.


AFIHAN BIN ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agung
Persatuan Pengajar Kolej-Kolej Di Bawah KKM

Thursday 31 October 2013

Kunjungan Hormat Kepada YBhg. Dato' Nadzri Siron (Setiausaha Bahagian BPL)

Bagi menyelesaikan beberapa isu mendatang, pihak persatuan telah mengadakan Kunjungan Hormat Kepada YBhg. Dato' Nadzri Siron, Setiausaha Bahagian (BPL) di Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3 Putrajaya (Bilik Mesyuarat Mawar) pada 18hb September 2013 (Rabu). Perbincangan ini adalah berkaitan isu-isu pengajar yang memerlukan perhatian pihak atasan BPL. Kunjungan hormat ini dihadiri Tuan Presiden, Timbalan Presiden serta Setiausaha Agung persatuan pengajar.

Gambar 1: Perbincangan Bersama Y.Bhg. Dato' SUB


Gambar 2: Amanat dan Harapan YBhg. Dato' SUB

Urusan Kenaikan Pangkat Skim Pengajar
Antara isu yang dikemukan adalah berkaitan urusan kenaikan pangkat pengajar-pengajar. Hasil perbincangan tersebut, Y.Bhg. Dato' SUB bersetuju agar perkara ini dibawa kepada pihak atasan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi diselesaikan dengan kadar segera.

Penganjuran Scientific Conference Persatuan Pengajar
Selain daripada itu, pihak persatuan juga berbincang dengan YBhg. Dato' SUB untuk mengajurkan satu Scientific Conference hasil penyelidikan barisan pengajar Institusi Latihan KKM. Perkara ini mendapat galakan dan sokongan daripada YBhg. Dato' SUB.

Pensarjanaan Pengajar
Bagi membantu meningkatkan modal insan pengajar, pihak persatuan berbincang beberapa mekanisme dalam mewujudkan peluang pensarjanaan pengajar dalam bidang masing-masing.

Kempen keahlian kepada pengajar ILKKM
Pihak persatuan juga berbincang bagi menambahkan bilangan ahli bagi meningkatkan bilangan dalam memperjuangkan skim pengajar ini. Beberapa metodologi diberi dan dibincangkan bersama.

Penaung Persatuan
Akhir sesi, pihak persatuan menjemput YBhg. Dato' SUB bagi dilantik sebagai Penaung persatuan pengajar ini. YBhg. Dato' SUB bersetuju dan mengharapkan kerjasama yang erat di antara beliau dan juga persatuan di masa hadapan kelak.

Pihak persatuan merakam jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato' SUB kerana sudi meluangkan masa bertemu dengan wakil persatuan bagi menyelesaikan isu-isu yang mustahak ini.

Gambar 3: Penyerahan Cendemata Oleh Tuan Presiden
AFIHAN BIN ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agung
Persatuan Pengajar Di Bawah KKM
  

Thursday 10 October 2013

Perjumpaan Presiden Dengan Pengajar KSKB Sungai Buloh

Setelah dilantik melalui Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali-3 2013, Tuan Presiden serta AJK telah berjumpa dengan ahli-ahli persatuan di KSKB Sungai Buloh. Pada 29 Ogos 2013 jam 10.00 pagi, barisan pengajar KSKB Sungai Buloh telah mengadakan sesi dialog dengan Presiden Persatuan Pengajar bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit selepas Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali-3 Tahun 2013. Pertemuan ini telah berjalan sehingga jam 12.00 tengahari dan seramai 9 orang pengajar telah berdialog dengan Tuan Presiden berkenaan isu-isu berbangkit. Ahli yang ingin mengetahui butiran perjumpaan ini boleh menghantarkan permintaan di alamat email ini tutor.society@gmail.com

Laporan oleh
Setiausaha Agung
Persatuan Pengajar Kolej-Kolej
Di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia


Pertemuan Tuan Presiden di Bilik Mesyuarat Anggerik 1

Ahli Bertukar-Tukar Pandangan Berkaitan Profesion Pengajar
 
Barisan Pengajar Yang Hadir Bagi Bertemu Dengan Presiden Persatuan

Thursday 26 September 2013

Post Pertama Blog Persatuan Pengajar

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Laman portal rasmi persatuan pengajar

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa blog ini merupakan laman rasmi bagi segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak persatuan. Dengan adanya blog / laman sesawang ini, ahli boleh melihat dengan lebih dekat lagi aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini.
  2. Laman ini tercetus ketika Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa 1/2013 pada 12hb September 2013 bagi mendekati lagi ahli untuk mendekati ahli secara alam siber. Hasil mesyuarat tersebut, Presiden telah mengarahkan AJK bagi mewujudkan satu portal rasmi persatuan agar dapat dikongsi segala aktiviti yang dijalankan kelak.
  3. Buat masa ini, segala penyelenggaraan portal ini akan diselenggara oleh Setiausaha Agung persatuan. Pihak Setiausaha Agung akan melantik sekretariat bagi membantu beliau menyelenggara portal ini.
Facebook dan Email rasmi persatuan

  1. Pihak persatuan telah mewujudkan satu email rasmi bagi tujuan aduan atau idea-idea bagi membantu pihak persatuan. Email tersebut adalah tutor.society@gmail.com.
  2. Selain daripada itu, pihak persatuan juga akan cuba mewujudkan facebook persatuan bagi kegunaan ahli sekalian. Segala maklumat berkenaan perkara ini akan diberitahu kepada ahli kelak melalui laman ini.

Besarlah harapan kami sekiranya tuan/puan dapat menggunakan blog ini bagi mewujudkan kesinambungan perjuangan skim pengajar.

Setiausaha Agung