Thursday 2 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat menyambut hari krismas kepada ahli yang menyambutnya serta selamat tahun baru 2014. Semoga ianya memberi lebih makna dan harapan kepada semua ahli

Sekian, terima kasih.

Presiden 
Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia

Makluman Daripada Presiden 1/2014

Berikut adalah makluman daripada Tuan Presiden:

Saya ingin maklum kan bahawa kita telah ambil inisiatif mengadakan seminar anestesia pada 8 hingga 9 Disember 2013 bertempat di kolej pembantu perubatan alor setar untuk ILLKKM serta menjemput beberapa ceramah dari pakar dan juga dua universiti tempatan (UIA dan UMS) tapi pihak universiti tak dapat hadir disaat akhir atas masalah administratif. Kita juga telah bersama UG dan TSUB IL mengadakan sidang dialog dengan pengajar pengajar zon utara berkenaan isu berkaitan profesion pengajar seperti pensarjanaan pada 15 Disember di kolej kejururawatan alor setar. Dalam masalah persidangan pengajar ingin saya maklumkan bahawa persatuan adalah sebagai ahli jawatan kuasa dan bukan penganjur secara mutlak sebab ianya dibawah UG. Penjelasan ini saya berikan atas tugas saya untok memaklumkan aktiviti persatuan. Kita juga bekerjasama dengan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia untok menerbitkan journal penyelidikan yang sedang dalam cetakan dan insyaalah satu salinan akan diserahkan kepada persatuan. saya juga telah memohon dengan UNIMAP dan UUM untok membuat preview pensarjanaan dalam biostatik dimana subspecialization ini amat berguna bagi pengajar ILLKKM yang terlibat dengan P & P pengkhususan. Insyaalah saya sendiri akan follow up dengan UNIMAP dan UUM akan perkara ini dan seterusnya akan maklum kepada ahli persatuan.

Selain dari itu saya juga telah menghubungi UiTM Puncak Alam untok pensarjanaan pengajar dalam bidang ALLIED SCIENCES termasuk imaging dan nursing kecuali bidang penolong pegawai perubatan bagi kolaborasi masters program. Mohon kepada setiausaha maklum kepada ahli menerusi blog kita akan perkembangan ini. Saya akan brief Ybhg Dato SUB kita sekali lagi akan perkara ini pada 20 Disember nanti. Secara jujurnya saya belum lagi membuat pertemuaan dengan ahli kita di sebelah pantai timur, serta Sabah dan Sarawak. Mohon setiusaha kita dapat perjelaskan kepada ahli kita

Sekian terima kasih


Zafri Yusoff
Presiden Persatuan Pengajar Kolej-Kolej Dibawah  KKM