Thursday 10 October 2013

Perjumpaan Presiden Dengan Pengajar KSKB Sungai Buloh

Setelah dilantik melalui Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali-3 2013, Tuan Presiden serta AJK telah berjumpa dengan ahli-ahli persatuan di KSKB Sungai Buloh. Pada 29 Ogos 2013 jam 10.00 pagi, barisan pengajar KSKB Sungai Buloh telah mengadakan sesi dialog dengan Presiden Persatuan Pengajar bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit selepas Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali-3 Tahun 2013. Pertemuan ini telah berjalan sehingga jam 12.00 tengahari dan seramai 9 orang pengajar telah berdialog dengan Tuan Presiden berkenaan isu-isu berbangkit. Ahli yang ingin mengetahui butiran perjumpaan ini boleh menghantarkan permintaan di alamat email ini tutor.society@gmail.com

Laporan oleh
Setiausaha Agung
Persatuan Pengajar Kolej-Kolej
Di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia


Pertemuan Tuan Presiden di Bilik Mesyuarat Anggerik 1

Ahli Bertukar-Tukar Pandangan Berkaitan Profesion Pengajar
 
Barisan Pengajar Yang Hadir Bagi Bertemu Dengan Presiden Persatuan

3 comments:

  1. Salam 1 Malaysia kepada semua ahli ahli persatuan

    Pihak persatuan akan terus mengadakan sesi dialog sebegini bagi mendengar pandagan ahli ahli tentang penambahbaikan profesion pengajar

    Zafri Yusoff
    KPPAS

    ReplyDelete
  2. Salam hormat kepada setiausaha persatuan

    Saya ada membuat perjumpaan dengan pengajar pengajar di KSKB SAS pada hari jumaat lepas 11 Oktober jam 11 pagi. Perkara perkara yang ibincangkan ada persamaan dengan sebagaimana pertemuaan di KSKB JB dan KSKB Sungai Buloh. Nanti saya akan beri briefing dalam perkara ini

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 1 Malaysia

      Selamat menyambut Hari Krismas bagi ahli yang menyambutnya dan selamat Tahun Baru 2014 kepada semua ahli moga tahun hadapan lebih bermakna hendaknya

      Presiden

      Delete