Thursday 17 July 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Pihak persatuan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435 Hijrah kepada semua ahli yang menyambutnya.



Ikhlas daripada,

Presiden & Ahli Jawatankuasa
Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia

Friday 6 June 2014

Takziah Daripada Pihak Persatuan

Pihak persatuan ingin merakamkan takziah buat keluarga serta kenalan rapat Allahyarhamah Zaitun Binti Muhamad Idi daripada Kolej Jururawat Masyarakat Pasir Mas diatas pemergian beliau ke rahmatullah baru-baru ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH



Ikhlas daripada,

PRESIDEN & AHLI JAWATANKUASA
Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia

Sunday 1 June 2014

Selamat Menyambut Hari Pengajar 2014, Tadau Kaamatan & Hari Gawai

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Pihak Persatuan ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI PENGAJAR 2014 buat semua pengajar yang sentiasa memperjuangkan profesion masing-masing bagi memartabatkan perkhidmatan kita ke tahap yang lebih gemilang. Moga sambutan Hari Pengajar yang disambut 1 Jun tiap-tiap tahun membawa seribu erti kepada kita semua.
 
 

Selain itu, barisan EXCO dan ahli Jawatankuasa Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHSTA) mengucapkan selamat menyambut Tadau Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakan rakan pengajar di Sabah dan Sarawak semoga dapat memberi suntikan yang baru dalam penyampaian perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran

Selamat Maju Jaya

Presiden dan Barisan EXCO

Wednesday 30 April 2014

Selamat Hari Pekerja Mei 2014

Pihak persatuan pengajar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2014 kepada semua pengajar ILKKM.


"Menjana Kecemerlangan Profesion"


Presiden & Barisan AJK
Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia

Tuesday 8 April 2014

Tahniah Kepada YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Pihak Persatuan Pengajar ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato' Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri. Darjah kebesaran ini telah disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-83


Syabas dan tahniah kami ucapkan daripada pihak persatuan.


"KAMI SEDIA MEMBANTU"

"PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME ADALAH BUDAYA KERJA KITA"

"MENJANA KECEMERLANGAN PROFESION"


Monday 7 April 2014

Info Terkini MAHSTA - Aktiviti Kawalan Aedes, Diabetes & Kesihatan Mental

Pada 17- 19 April 2014 akan diadakan satu program NBOS (National Blue Ocean Strategy) di antara pihak persatuan, Kolej Universiti INSANIAH, Felda Bukit Tangga serta Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi aktiviti Kawalan Aedes, Diabetes dan Kesihatan Mental di Felda Bukit Tangga, Kedah.

Program ini dijangka akan dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan serta YBhg. Dato' SUB Bahagian Pengurusan Latihan, KKM.

Oleh yang demikian, ahli - ahli persatuan  dijemput untuk hadir ke program berkenaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.


"Menjana Kecemerlangan Profesion"


Presiden
Persatuan Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHSTA)

Nota Seminar Pengajar Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut adalah nota-nota penceramah ketika Seminar Pengajar ILKKM 2014. Ahli - ahli dipersilakan memuat turun slide berkenaan.

Tarikh    : 2 - 4 Mac 2014
Tempat  : Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (SAS), Ulu Kinta, Perak