Thursday 2 January 2014

Makluman Daripada Presiden 1/2014

Berikut adalah makluman daripada Tuan Presiden:

Saya ingin maklum kan bahawa kita telah ambil inisiatif mengadakan seminar anestesia pada 8 hingga 9 Disember 2013 bertempat di kolej pembantu perubatan alor setar untuk ILLKKM serta menjemput beberapa ceramah dari pakar dan juga dua universiti tempatan (UIA dan UMS) tapi pihak universiti tak dapat hadir disaat akhir atas masalah administratif. Kita juga telah bersama UG dan TSUB IL mengadakan sidang dialog dengan pengajar pengajar zon utara berkenaan isu berkaitan profesion pengajar seperti pensarjanaan pada 15 Disember di kolej kejururawatan alor setar. Dalam masalah persidangan pengajar ingin saya maklumkan bahawa persatuan adalah sebagai ahli jawatan kuasa dan bukan penganjur secara mutlak sebab ianya dibawah UG. Penjelasan ini saya berikan atas tugas saya untok memaklumkan aktiviti persatuan. Kita juga bekerjasama dengan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia untok menerbitkan journal penyelidikan yang sedang dalam cetakan dan insyaalah satu salinan akan diserahkan kepada persatuan. saya juga telah memohon dengan UNIMAP dan UUM untok membuat preview pensarjanaan dalam biostatik dimana subspecialization ini amat berguna bagi pengajar ILLKKM yang terlibat dengan P & P pengkhususan. Insyaalah saya sendiri akan follow up dengan UNIMAP dan UUM akan perkara ini dan seterusnya akan maklum kepada ahli persatuan.

Selain dari itu saya juga telah menghubungi UiTM Puncak Alam untok pensarjanaan pengajar dalam bidang ALLIED SCIENCES termasuk imaging dan nursing kecuali bidang penolong pegawai perubatan bagi kolaborasi masters program. Mohon kepada setiausaha maklum kepada ahli menerusi blog kita akan perkembangan ini. Saya akan brief Ybhg Dato SUB kita sekali lagi akan perkara ini pada 20 Disember nanti. Secara jujurnya saya belum lagi membuat pertemuaan dengan ahli kita di sebelah pantai timur, serta Sabah dan Sarawak. Mohon setiusaha kita dapat perjelaskan kepada ahli kita

Sekian terima kasih


Zafri Yusoff
Presiden Persatuan Pengajar Kolej-Kolej Dibawah  KKM

3 comments:

  1. Salam kepada semua pengajar pengajar ILKKM

    Untuk makluman semua bahawa Bahagian Pengurusan Latihan KKM akan mengendalikan tiga program dalam tahun 2014 iaitu Seminar Pengajar, Konferens Saintifik Pengajar dan Program Community Participation. Tarikh serta tempat akan dimaklumkan kemudian selepas pelarasan dibuat

    Sekian terima kasih

    Zafri Yusoff
    Presiden Persatuan Pengajar ILKKM

    ReplyDelete
  2. Salam 1 Malaysia kepada semua pengajar ILKKM

    Dengan hormatnya saya ingin memaklumkan bahawa saya sedang mengumpul data data tempoh perkhidmatan sebagai pengajar ILKKM dimana format telah saya e mailkan kepada semua Pengarah ILKKM. Oleh yang demikian mohon semua pengajar untuk memberi maklumat berkenaan kepada pengarah ILKKM masing masing secepat mungkin


    Sekian terima kasih

    Zafri Yusoff

    ReplyDelete
  3. Pihak Perstauan mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Induk festival Nasyid dan Tilawah Al quran yang telah diadakan di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian dari 13-16 Ogos 2014. Pihak persatuan telah menyumbang dari segi hadiah dan moga kerjasama ini dapat diteruskan dimana tuan rumah pada tahun hadapan ialah Zon Sarawak.

    ReplyDelete