Monday 7 April 2014

Maksud Logo Persatuan Pengajar Yang Baru

Keterangan

Logo bagi persatuan ini adalah berkonsepkan buku, perubatan dan kerohanian. Kesepaduan di antara tiga elemen ini menjadikan seorang pengajar sebagai orang yang profesional dan kompeten dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, adalah wajar bagi ketiga-tiga elemen ini diketengahkan dalam menjadi lambang kepada profession pengajar. Dokongan elemen bulan sabit ke atas simbol buku dan Caduceus dalam lambang ini menunjukkan ahli-ahli mementingkan nilai-nilai murni (kerohanian) dalam menjalankan tugas sebagai pengajar kepada bakal-bakal ahli sains kesihatan bersekutu.

MAKNA SETIAP ELEMEN PADA LOGO PERSATUAN

Buku merupakan sumber ilmu yang membawa kepada kecemerlangan . Buku bertingkat memberi makna, kesepaduan aliran yang dibawa oleh ahli-ahli persatuan dalam pelbagai disiplin anggota perubatan. Simbol buku ini juga membentuk huruf “U” yang membawa maksud tiga kategori pengajar yang menjadi ahli persatuan yang memberi tunjang kejayaan kepada persatuan ini.Caduceus merupakan simbol bagi kesihatan bersekutu di seluruh dunia. Ia melambangkan profesionalisme seseorang anggota paramedik terutamanya ahli
persatuan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam profesion masing-masing.Bulan sabit merupakan simbol kepada nilai-nilai murni (kerohanian) dalam jiwa setiap pengajar. Unsur-unsur yang baik ini merupakan tanggungjawab yang perlu diserap kepada anak didik supaya menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan. Menjana Kecemerlangan Profesion merupakan moto persatuan ini, ia menunjukkan kesungguhan setiap ahli memajukan profesion skim pengajar agar menjadi yang terbaik dalam perkhidmatan kelak. Perkataan pada simbol bulatan ini merujuk kepada nama persatuan yang telah diluluskan oleh  Pendaftar Pertubuhan. Ia merupakan satu simbol kebanggaan bagi ahli dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang “Pengajar”. Bulatan pada perkataan ini memberi maksud kemuafakatan yang berlaku kepada semua ahli-ahli persatuan.

MAKNA SETIAP WARNA PADA LOGO PERSATUAN

Warna-warna yang terdapat dalam logo persatuan mempunyai maksud tertentu :
Biru muda  : Bekerjasama, perpaduan, harmoni dan penyayang.
Biru tua      : Kejayaan dan kecemerlangan
Putih          : Kesucian dan kebersihan.
Ungu         : Keteguhan dan ketegasan

No comments:

Post a Comment