Thursday 26 September 2013

Post Pertama Blog Persatuan Pengajar

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Laman portal rasmi persatuan pengajar

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa blog ini merupakan laman rasmi bagi segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak persatuan. Dengan adanya blog / laman sesawang ini, ahli boleh melihat dengan lebih dekat lagi aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini.
  2. Laman ini tercetus ketika Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa 1/2013 pada 12hb September 2013 bagi mendekati lagi ahli untuk mendekati ahli secara alam siber. Hasil mesyuarat tersebut, Presiden telah mengarahkan AJK bagi mewujudkan satu portal rasmi persatuan agar dapat dikongsi segala aktiviti yang dijalankan kelak.
  3. Buat masa ini, segala penyelenggaraan portal ini akan diselenggara oleh Setiausaha Agung persatuan. Pihak Setiausaha Agung akan melantik sekretariat bagi membantu beliau menyelenggara portal ini.
Facebook dan Email rasmi persatuan

  1. Pihak persatuan telah mewujudkan satu email rasmi bagi tujuan aduan atau idea-idea bagi membantu pihak persatuan. Email tersebut adalah tutor.society@gmail.com.
  2. Selain daripada itu, pihak persatuan juga akan cuba mewujudkan facebook persatuan bagi kegunaan ahli sekalian. Segala maklumat berkenaan perkara ini akan diberitahu kepada ahli kelak melalui laman ini.

Besarlah harapan kami sekiranya tuan/puan dapat menggunakan blog ini bagi mewujudkan kesinambungan perjuangan skim pengajar.

Setiausaha Agung

30 comments:

  1. Salam Tahniah kepada Persatuan atas mengujudkan laluan ini. Moga dapat digunakan bagi memartabatkan profesion. Well done.

    ReplyDelete
  2. Salam, Hormat kepada rakan-rakan Pengajar dan serta Warga ILKKM Sabah, di doakan agar Majlis Konvo 2013 yang akan diadakan pada 7 & 8 Oktober 2013 di UM Sabah akan dapat kejayaannya. All The Best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan Haji

      Saya dah maklumkan akan kewujudan blog ini kepada warga KPPAS dan akan terus berusaha berkomunikasi dengan lain lain ILKKM

      Delete
  3. Kepada semua rakan-rakan Pengajar yang akan menjalankan Ibadah Haji, Selamat Menunaikan Haji dan di doakan kesihatan dan keselamatan. Moga Allah akan memberikan sakinah dalam melakukan ibadah yang agong ini. Insya Allah di anugerahkan Haji yang Mabrur..Ameen

    ReplyDelete
  4. Mohon sahabat seperjuangan mempromosi blig ini kepada sahabat pengajar lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Han, please sent makluman kepada kolej melalui surat tentang kemudahan blog ini, so rakan-rakan tahu. Rasa saya ramai yang tak tahu lagi. TQ

      Delete
    2. Salam Haji.. Akan diberitahu setelah facebook dan twitter diwujudkan pada minggu hadapan..

      Delete
    3. assallamualaikum

      Mohon Yang Berusaha Setiausaha semak dengan Timbalan Pengarah Akademik KSKB Sungai Buloh Jumlah kertas saintifik yang boleh dibentangkan masa konferens saintifik yang ijangka pada 24 hingga 26 November 2013

      Sekian terima kasih

      Delete
    4. Salam Yang Berusaha Setiausaha Kehormat

      Mohon setiausaha tetapkan tarikh pembentukan jawatankuasa pelaksanaan Konferens Saintifik Pengajar yang ijangka akan diadakan pada 24 hingga 26 November 2013 ini.

      Tempat akan dimaklumkan kemudian

      Sekian terima kasih

      Delete
  5. Salam 1 Malaysia rakan-rakan Pengajar semua harap dapat memberi sokongan kepada Persatuan Pengajar untuk kemajuan profesion Pengajar. Segala komen dan cadangan akan di beri keutamaan oleh Persatuan Pengajar supaya kita dapat memperjuangkan hala tuju yang lebih baik. Drpd K.C.Jong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kepada timbalan presien

      Mohon timbalan presiden membantu mendapatkan jumlah kertas saintifik yang boleh dibentangkan semasa konferens saintifik pengajar pada 24 hingga 26 November ini

      Sekian terima kasih

      Delete
  6. Dimaklumkan BPL ada mengeluarkan pekeliling untuk pencalonan bagi mengikuti program latihan belia muda di Jepun 2013, Pengajar less then 35 yrs layak mohon. sila mohon untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman. surat edaran ada dikemukakan oleh LDP 2 kepada kolej. Please act yang berminat.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kepada ketua profession pengajar yang mengambil berat aspek kebajikan dan perkembangan profesion pengajar


    Zafri Yusoff
    KPPAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hj Zafri, Mohon kalau dapat hantar flyer kepada rakan-rakan pengajar kolej melalui Pengarah tentang blog ini. TQ

      Delete
    2. Waalaikumusallam

      Terima kasih tuan haji dan saya akan uruskan perkara ini dan hubungi pengarah pengarah ILKKM

      Sekian terima kasih

      Delete
  8. Terima kasih yang tidak terhingga kepada setiausaha yang banyak memberi maklumat kepada ahli ahli persatuan serta ucapan salam aidil adha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kepada semua rakan-rakan yang di kasihi. Pengajar BPL En Mahonan akan bersara dan hari ini adalah last day beliau. Seluruh warga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Beliau atas segal sumbangan sebagai Pendidik. Moga sumbangan beliau memartabatkan profesion pengajar sentiasa di hargai. Salam Persaraan dan Moga sentiasa diberikan kesihatan dan kesejahteraan.

      Thank You Mohanan.

      Delete
    2. Bagi pihak ahli persatuan, saya ucapkan salam sejahtera pada en mohanan dan penghargaan yang amat tinggi atas sumbangan yang diberikan samada membantu ILKKM dalam latihan pra perkhidmatan dan khasnya bagi program pengkhususan serta lanjutan sepanjang perkhidmatan tuan


      Zafri Yusoff
      Presiden Persatuan Pengajar

      Delete
  9. Salam kepada semua ahli ahli persatuan

    Pihak UG akan mengendalikan persidangan saintifik pengajar pada bulan November selepas peperiksaan akhir semester. Tarikh dan tempat akan dinyatakan kemudian. oleh yang demikian mohon ahli ahli menghantar abstract dan hasrat untok menjadi pembentang pada zafriyusoff59@gmail.com

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, harap check dengan KSKB Sg Buloh, Research commitee untuk paper dari semua kolej yang telah dikemukakan tahun lepas. Paper itu boleh digunakan sebagai pembentangan. TQ

      Delete
    2. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

      Dengan segala hormatnya saya selaku presiden persatuan pengajar memohon kepada pengarah pengarah ILKKM memberi maklumat jumlah kertas saintifik yang boleh ibentangkan dalan konferens saintifik pengajar pada jangkaan tarikh 24 hingga 26 November 2013.

      Sekian terima kasih

      Delete
    3. Salam Tuan Haji

      Semakan dengan KSKB Sungai Buloh didapati terdapat 33 kertas saintifik yang akan dikluster oleh Timbalan Pengarah KSKB Sungai Buloh

      Sekian terima kasih

      Delete
    4. Assalamualaikum Tn. Hj. Zafri. Saya dengan izin Tn. Hj. Moideen ada satu artikel kajian yang insyaAllah boleh dibentangkan.

      Delete
    5. Insya Allah kita gunakan kajian yang sedia ada pada tahun ini secara dalaman dan insya Allah perancangan seterusnya adalah membuka ruang bagi semua termasuk dengan agensi luar bagi megembangkan keupayaan kita. TQ

      Delete
  10. Rakan-rakan kita Puan Moey dan Puan Norizan akan bersara dalam bulan November 2013. Ribuan terima kasih di ucapkan atas segala sumbangan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Saya sebagai Ketua Profesion mengucapkan terima kasih dan berdoa agar Allah sentiasa merestui dan memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada Puan Moey dan Puan Norizan. Jaga diri dan All the best in your Undertaking. TQ

    ReplyDelete
  11. Salam, rakan rakan pengajar yang di hormati. Syukur urusan kenaikan pangkat sedang di jalankan. Best of Luck kepada semua. saya juga doakan agar rakan rakan lain yang tidak termasuk dalam senarai supaya berdoa agar urusan seterusnya akan dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga kepada ketua profesion atas compliments ini dan moga perkembangan profesion pengajar akan lebih berdaya maju

      Delete
  12. Kepada semua Pengajar Jururawat di ucapkan Selamat Hari Jururawat. Bersama kita memantapkan profesion kearah menjana pelatih-pelatih yang cemerlang dalam perkhidmatan kesihatan.

    Selamat hari Jururawat

    ReplyDelete
  13. Salam. Saya mewakili semua Pengajar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En Abdul Halim Pengajar di Unit Pembangunan Pengajar atas jasa beliau membangunkan profesion Pengajar. Banyak usaha yang telah di lakukan oleh beliau untuk memperkasakan pengajar. Jasa Mu sentiasa di kenang dan di doakan Agar Allah sentiasa memberikan rahmat dan kesihatan kepada Halim. Selamat Bersara dan please keep in touch dengan kita semua.

    ReplyDelete
  14. Bagi pihak persatuan saya mewakili semua ahli mengucapkan salam persahabatan yang berkekalan kepada En. Abdul Halim semoga sumbangan yang telah diberikan selamat ini dapat dihayati oleh semua staf akademik

    Selamat maju jaya di masa persaraan ini

    ReplyDelete